Kingdom:
| |
(unranked):
| |
(unranked):
| |
(unranked):
| |
Order:
| |
Family:
| |
Subfamily:
| |
Tribe:
|
Durioneae
|
Genus:
| |
Species
| |
Terdapat 30 jenis sepsis yang dikenal pasti
| |
LahiaHassk, Durioacuminatissima
|
Nama Lain:
Inglish: durian
Spanish: durián, durio
Indonesia: duren, ambetan, kadu
Philippines: dulian
Burma: du-yin
Cambodia: thu-réén
Laos:thourièn
Thailand:thurian, rian
Vietnam:sâùriêng
MichałBoym, seorang missionar Kristian Ke Negeri Cina, menghasilkan satu laporan awal (1655) berkenaan durian kehadapan para cerdikiawan Europa.
Durian telah dikenali dan digunakan di Asia tenggara semenjak zaman prasejarah, tetapi hanya diketahui oleh dunia barat kira-kira 600 tahun. Rujukan terawal dunia Eropah berkenaan durian adalah melalui rekod dari Niccolò Da Conti, yang mengembara ke Asia tenggara dalam abad ke-15, diterjemahkan dari bahasa Latin, oleh Poggio Bracciolini. Dari perjalanan Da Conti mencatatkan: "Mereka (orang-orang Sumatera) mempunyai buah hijau yang mereka panggil durian, sebesar tembikai di dalamnya terdapat seperti lima benda panjang berwarna oren, dan menyerupai seperti mentega tebal, dengan rasa pelbagai". Seorang doktor Portugis Garcia de Orta menerangkan tentang durian dalam Colóquios dos simples e drogas da India diterbitkan dalam tahun1563. Setelah seabad, dalam tahun 1741, Herbarium Amboinense oleh seorang ahli botani Jerman Georg Eberhard Rumphius telah diterbitkan, menyedia keterangan dan penjelasan paling terperinci dan tepat berkenaan durian.
Genus Durio mempunyai taxonomy kompleks yang telah melihatkan kekurangan dan kelebihan pelbagai spesies semenjak ia diciptakan oleh Rumphius. Pada peringkat awalan kajian taxonomical, terdapat beberapa kekeliruan di antara Durian dan Durian Belanda (Annonamuricata), kerana bagi kedua-dua spesis ini mempunyai warna hijau dan berduri. Pada abad ke-18, Johann Anton Weinmann menganggap durian adalah dari Castaneae kerana buahnya serupa dengan chestnut kuda (horse chestnut). Orang Asia Tenggara menganggap durian sebagai "raja buah". Pada abad kesembilan belas Seorang naturalist British Alfred Russel Wallace menyifatkan isi durian sebagai "kastard yang sangat kaya perisa badam". Isi durian boleh digunakan dalam pelbagai peringkat kematangan, dan digunakan sebagai perisa pelbagai rasa dan dimakan sebagai makanan pemanis dalam masakan Asia Tenggara. Biji durian juga boleh dimakan apabila direbus atau dimasak.
Durian (djʊriən) adalah hasil daripada beberapa spesis pokok (tree species) dari genus Durio dari keluarga Malvaceae (family Malvaceae), (walaupun ada sesetengah ahli taksonomi menempatkan Durio dalam keluarga berbeza, Durionaceae).
Pokok durian, pokoknya besar, boleh mencecah sehingga 25-50 meter (80-164 kaki) tinggi bergantung kepada jenis spisis. Daunnya malar hijau (evergreen), melengkung kebujuran (elliptic to oblong) dengan 10-18 (4-7 in) sentimeter panjang. Bunganya dihasilkan dalam kuntum 3-30 kelompok bersama secara terus pada dahan dengan setiap bunga mempunyai tunas (calyx (sepals) dengan lima (jarang empat atau enam) kelopak. Pokok durian mampu berbunga dan berbuah satu atau dua kali setahun, walaupun masa berbeza bergantung kepada jenis spesis, kultivar, dan kawasan. Pokok durian boleh berbuah selepas empat atau lima tahun. Buahnya tumbuh di mana sahaja sepanjang dahan dan matang kira-kira tiga bulan selepas pendebungaan (pollination). Buah durian membesar sehingga 30 sentimeter (12 in) panjang dan 15 sentimeter (6 in) pada ukuran lilit, dengan berat 1-3 kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya dari bujur ke bulat, dengan warna kulitnya dari hijau ke perang, Isi nya dari berwarna kuning pucat ke merah-merahan bergantung kepada jenis spesis.
Nama Durian berasal dari perkataan Bahasa Melayu dan Indonesia duri dengan penambahan kata akhir - an. D. zibethinus adalah satu-satunya spisis komersial yang ditanam secara besar-besaran dan boleh didapati di luar kawasan asalnya. Memandangkan spisis ini dari jenis pendebungaan terbuka, ia menunjukkan kemampuan dipelbagakan dalam warna, bau, saiz isi dan biji, dan phenology pokok. Nama spisis, zibethinus merujuk kepada Musang Viverrazibetha dari negeri India. Terdapat perbezaan pendapat mengenai sama ada nama ini, diberikan oleh Linnaeus, merujuk kepada musang yang begitu gemar memakan durian sehingga buah ini telah digunakan sebagai umpan memerangkap musang, atau kerana bau durian seperti Musang.
Bunga durian; besar, ringan dan banyak nectar, mengeluarkan bauan yang kuat, masam lemak. Ciri bunga seperti ini adalah disebabkan dari pendebungaan oleh spesis kelawar tertentu yang memakan nectar and debunga (pollen). Menurut penyelidikan yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1970-an, pendebungaan bunga durian dilakukan secara eksklusif oleh kelawar buah gua (Eonycterisspelaea), Walau bagaimanapun, kajian 1996 yang menunjukkan terdapat dua spisis, D. grandiflorus dan D. oblongus, didebungakan oleh spiderhunters (Nectariniidae) dan satu lagi spisis, D. kutejensis, telah didebungakan oleh lebah madu gergasi (giant honey bees), burung dan kelawar.
Pembenihan (Cultivars)
Pembenihan (cultivars) sering menghasilkan warna isi durian berbeza. D101 (kanan diatas) mempunyai warna isi yang lebih kuning, jelas beza dengan jenis lain (kiri).
Kebanyakan kultivar mempunyai nama biasa dengan nombor kod bermula dengan "D". Sebagai contoh, beberapa klon popular adalah Kop (D99 Thai: กบ - "katak" [kòp], Chanee (D123, Thai: ชะนี - siamang [táni], Berserah atau Durian Hijau atau Tuan MekHijau (D145 Thai: ทุเรียน เขียว - Durian hijau [túriənkǐow]]), Kan Yao (D158, Thai: ก้านยาว - Batang panjang [kânjaw], Mon Thong (D159, Thai: หมอนทอง – Bantal Emas [mntŋ], Kradum Thong (Thai: กระดุม ทอง – Butang emas [kràdumtn]), dan dengan tanpa nama kebiasaan, D24 dan D169. Setiap kultivar mempunyai rasa dan bau tersendiri. Lebih daripada 200 kultivar D. zibethinus wujud di Thailand.
Pembenihan Spisis (Cultivars) dan Penanaman
a) 'D 24' - buahnya bujur telur, berat 2-4 pound (1-2 kg), isi manis, kekuningan, penghasilan tinggi (kira-kira 150 buah / pokok / tahun). Jenis komersial yang paling utama di Malaysia.
b) 'D 99' ('Kob') - buahnya Bulat, berat 2-3 pound (1-1.4 kg), isi tebal, lembut, kekuningan. Penghasilan tinggi (kira-kira 130 buah / pokok / tahun) dan mampu bertahan kemarau dan parasit buah (Phytophthora palmivora).
c) 'D 123' ('Chanee', 'Gibbon') - buahnya bujur telur, berat 4-8 pound (2-4 kg), isi tebal, lembut, manis, pulpa ke-emasan. Jenis komersial yang paling utama di Thailand.
d) ‘D 145' ('Durian Hijau', 'BerserahMek') - buahnya Bulat, berat 3-6 pound (1,4-2,8 kg), manis, lembut, pulpa keemasan berkualiti tinggi.
e) 'D 158' ('Kan Yao') - buahnya bujur telur, berat 4-8 pound (2-4 kg), pulpanya manis, tebal, keemasan.
f) 'D 159' ('Mon Thong', 'Golden pillow') – buahnya bujur telur, berat 8-12 paun (4-6 kg), tebal, lembut, manis, pulpa keemasan.
g) 'D 169' – buahnya bentuk bujur telur memanjang, berat 2-4 pound (1-2 kg), kuning, tebal, manis, pulpanya lembut.
Terdapat 30 spesies Durio, tetapi hanya lapan mempunyai buah yang boleh dimakan:
1) Durio zibethinus (durian),
2) Durio dulcis (durian maragang, lahong),
3) Durio grandiflorus (munjit),
4) Durio graveolens (durian merah, tabelak),
5) Durio kutejensis (durian kulu, lai),
6) Durio lowianus (chaarian),
7) Durio oxleyanus (durian sukang, keratogan), dan
8) Durio testudinarum (kura-kura).
Khasiat Durian Untuk Kesihatan:
v Durian, sebagaimana buah-buahan tropika lain seperti pisang (Banana), alpukat (avocado), dan nangka (jackfruit), kaya dengan tenaga, mineral dan vitamin. 100 g buah segar menyediakan 147 kalori.
v Isi buah durian lembut, mudah dihadam, diperbuat daripada gula ringkas seperti fruktosa dan sukrosa yang apabila dimakan menambah tenaga dan mencergaskan badan serta-merta. Walaupun ia mengandungi jumlah lemak yang agak tinggi di kalangan buah-buahan, ia bebas daripada lemak tepu dan kolesterol.
v Durian kaya dengan serat, ini menjadikannya julap pukal terbaik. Kandungan serat membantu melindungi membran mukus kolon dengan mengurangkan masa pendedahan, serta mengikat bahan kimia penyebab kanser kolon.
v Durian sumber terbaik antioksida vitamin-C (kira-kira 33% daripada RDA). Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C membantu tubuh membangunkan tentangan terhadap agen berjangkit dan mengumpul -lupuskan radikal bebas yang berbahaya.
v Durian sumber manafaat kesihatan membekal vitamin kumpulan B-kompleks; satu ciri yang jarang berlaku di kalangan buah-buahan, seperti niasin, riboflavin, Pantothenic asid (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B-6) dan thiamin (vitamin B-1 ). Vitamin adalah penting untuk badan kekurangan memerlukan penambahan sumber dari luar untuk pengisian.
v Selain itu, ia juga mengandungi sejumlah mineral seperti mangan (manganese), tembaga (copper), besi (iron )dan magnesium (magnesium). Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor bersama untuk enzim antioksida, superoksida dismutase (Satu enzim yang mempercepatkan penukaran superoxid ke bentuk hydrogen peroxida and oksigen). Tembaga diperlukan dalam penghasilan sel-sel darah merah. Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
v Buah durian segar adalah sumber, yang sangat kaya dengan kalium. Kalium merupakan elektrolit penting bagi cecair sel dan badan, ia membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
v Selain itu, ia juga mengandungi paras tinggi asid amino, tryptophan (juga dikenali sebagai "pil tidur semula jadi") yang mana badan me-metabolizes-kan kedalam serotonin dan melatonin, bahan kimia neuro ini mempunyai fungsi penting seperti induksi tidur dan dalam rawatan merawat sawan (epilepsi) .
Juzuk (Constituents)
Malaysia mempunyai kepelbagaian buah-buahan yang berbeza dalam bentuk dan ciri organoleptic yang tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat perbezaan besar di kalangan variasi durian berhubung kandungan fitokimia antioksida dan kualitinya. Durian mempunyai potensi besar sebagai sumber antioksida. Hasil hubungkait menunjukkan bersama-sama dengan sebatian fenolik, komponen antioksida lain seperti vitamin C, E dan karotenoid turut menyumbang kepada kapasiti antioksida buah-buahan yang tidak digunakan sepenuhnya. Oleh itu, adalah disyorkan pengambilan durian dalam tambahan fitokimia antioksida dan vitamin C. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menyokong kebanyakan cadangan dari garis panduan pemakanan kebangsaan yang menggalakkan pemakanan pelbagai jenis buah-buahan setiap hari, terutamanya durian. Usaha berterusan menggalak pengambilan perlu diteruskan untuk memanafaatkan kesihatan awam.
Kajian ini telah ditajakan oleh Penyelidikan Pertanian Malaysia dan Institut Pembangunan (MARDI). Kehadiran sebatian phytosterol dalam biji buah Durian (Duriozibethinus) ditemui melalui imbasan menggunakan ujian reagen. Analisis selanjutnya dijalankan mengguna mass spektrometer bagi tujuan menyokong penemuan awalan. Pengasingan dan penyucian phytosterol utama telah dijalankan menggunakan kromatografi turus terbuka (open column chromatography). Pemisahan dipantau menggunakan kromatografi lapisan nipis (thin layer chromatography (TLC). Sebatian pengasingan utama dan sebatian phytosterol yang disucikan dikenal pasti menggunakan massa spektrometer dan resonans magnetik nuklear (nuclear magnetic resonance (NMR). Penemuan baru ini boleh menggalak penggunaan biji buah durian sebagai bahan dalam produk pemakanan melalui pengeluaran ekstrak piawai berdasarkan kandungan phytosterol.
Durian biasanya dimakan segar. Hanya satu pertiga daripada durian boleh dimakan, manakala biji (20-25%) dan kulit dibuang. 45% adalah Kulit, 32% isi dan 23% biji. Di Malaysia, dari 2008 hingga 2010 purata sisa yang dijana daripada industri durian adalah 90,141metric tones setahun. Angka besar pelupusan sisa-agro ini boleh menjadi masalah besar kepada negara. Penggunaan sepenuhnya (Exploitation) nutrasi pemakanan yang dipercayai mengandungi faedah untuk kesihatan atau sifat penghalang penyakit (nutraceuticals) dan manafaat untuk kesihatan terutamanya dari biji buah durian perlu dijalankan secara serius. Penekanan pada aspek fitokimia perlu dibangunkan untuk kegunaan atau penggunaan dari sisa kepada kesihatan. Pada tahun 2003, FDA meluluskan Bahawa "makanan yang mengandungi sekurang-kurangnya 0.4 gram setiap hidangan sterol tumbuhan (plant sterols), dimakan dua kali sehari dengan pengambilan makanan untuk Jumlah harian sekurang-kurangnya 0.8 gram, sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak tepu dan kolesterol, agar dapat mengurangkan risiko penyakit jantung”. Kesan baik sterol tumbuhan telah di tunjukkan dalam banyak kajian. Pihak FDA membenarkan pengeluar makanan untuk menambah phytosterols kedalam makanan yang diproses dan dilabelkan sebagai makanan kesihatan untuk jantung. Phytosterols adalah komponen pemakanan kecil asli (0.1 ± 0.5% w / w) yang terdapat dalam minyak sayuran. Pengambilan makanan phytosterols di utara Eropah dianggarkan sebanyak 200 ± 300 mg / hari, dengan pengambilan yang lebih tinggi (300 ± 450 mg / hari) dikalangan pemakan sayuran sahaja dan di Jepun. Phytosterols terbukti mengurangkan kolesterol darah (plasma cholesterol) dengan menyekat penyerapan kolesterol dari usus dengan itu mendatangkan kesan baik keatas kesihatan dengan mengurangkan risiko pembentukan artherosclerosis dan penyakit jantung koronari. Pemeriksaan awal ekstrak fitokimia metanol D. zibethinusseed menggunakan reagen semburan menunjukkan kehadiran phytosterol
Penyifatan sebatian asingan sebagai hytosterol
Sebatian 1 telah diasingkan seperti kristal putih daripada fasa Normal Berulang kromatografi turus. Sebatian ini tertakluk kepada penganalisisan massa (DI-probe GCMS) dan NMR spektroskopi untuk pengesahan struktur kimia. Spektrum jisim dari sebatian 1 dalam Rajah 3a menunjukkan ion molekul puncak [M +] pada m/z 414 bersesuaian dengan formula molekul C29H50O. Spektrum Mass dari sebatian 1 menunjukkan kehadiran beberapa serpihan ciri dalam m/z 399, 396, 381, 329 dan 303 yang biasanya ditemui pada spektrum jisim β-Sitosterol. Kedua-dua serpihan terbesar, m/z 329 dan 303 telah dikenali sebagai ciri sterol dengan Δ5 unsaturation. Kehadiran serpihan pada m/z 399 adalah disebabkan oleh kehilangan kumpulan metil dari ion molekul dan reaksi hidrolisis lanjut membawa kepada pembentukan serpihan di m/z 381. Tindak balas hidrolisis dari serpihan m/z 414 mengakibatkan kehadiran serpihan padai m/z 396 dan kerugian berterusan pada kumpulan metil menghasilkan serpihan pada m/z 381.
Spektrum 1H (Rajah 1) menunjukkan kehadiran enam kumpulan metil dari stigmastane carbon skeleton serupa dengan β-Sitosterol, yang muncul di δH 0.68 (3H, s, C-18), 0.81 (3H, m, H-27) , .0.83 (3H, m, H-26), 0.84 (3H, m, H-29), 0.92 (3H, d, J = 6.5, C-21) dan 1.01 (3H, s, C-19) ppm . Proton Olefinic di δH 5.35 (1H, m, H-6). Kesan pembukaan (dishielding) proton di δH 3.53 ppm (1H, m) (H-3) meunjukkan, ia terikat dengan karbon tinggi oksigen. Beberapa isyarat daripada metilena dan kumpulan metana didapati bertindih antara satu sama lain dari δH1.10 ke δH 2.40 dalam Rajah 1. Spektrum 13C (Rajah 2) memaparkan 29 isyarat karbon termasuk enam methyls. Melalui pemeriksaan spektrum HSQC dari kompaun 1 membawa kepada tugasan isyarat proton kumpulan metil dari isyarat karbon dalam Jadual 1. Persamaan di atas 13C dan 1H data spektrum kepada data yang diterbitkan mengenal pasti kompaun 1 sebagai β-Sitosterol.
Spektrum jisim kompaun 2 dalam Rajah 3b menunjukkan puncak ion molekul [M+] pada m/z 412 yang keserupaan dengan formula molekul C29H48O. Spektrum 1HNMR Menunjukkan kesamaan spektrum proton melainkan kehadiran proton olefinic pada δH 5.01 ppm (1H setiap dd, J = 15.5 Hz, 8.5 Hz) dan 5.15 ppm (1H setiap dd, J = 15 Hz, 8.5 Hz) mewakili H-22 dan H-23 rantaian sampingan. Dalam karbon spektrum 13C dipaparkan 29 isyarat termasuk enam methyls. Kehadiran C-22 dan C-23 dengan jelas kelihatan dalam spektrum karbon. Data spektrum 13C dan 1H dalam Jadual 2 telah diberbandingkan dengan data yang diterbitkan dan kompaun 2 didapati sama dengan stigmasterol
TABLE I
1HNMR AND 13C NMR DATA OF Β-SITOSTEROL (1)
Buah Durian mengandungi sejumlah besar phenolic, flavonoid dan karotenoid dan jumlah kuantitatifnya menunjukkan perbezaan pembahagian kerana perbezaan lokasi asal, keadaan agro-iklim dan kepelbagaian dalam spesies Kecantikan buah ini terletak pada komposisi dan sifat-sifat antioksida. Telah dilaporkan bahawa durian mempunyai ciri-ciri tambahan yang berharga untuk kesihatan: gel polisakarida (polysaccharide gel), diekstrak dari buah, bertindak balas ke atas tindak balas imun dan bertanggungjawab untuk pengurangan kolesterol. Indeks glisemik durian adalah yang paling rendah berbanding dengan betik dan nanas. Ciri-ciri rawa durian bukan sahaja berdasarkan pada sifat antioksida, tetapi juga komposisi lemak asid. Hipotesis kolesterol merangkaumi pengurangan pengambilan lemak tepu dan kolesterol sementara meningkat minyak politaktepu berkesan menurunkan kolesterol serum, dan dengan itu mengurangkan penyakit jantung koronari. Aktiviti perlindungan dikaitkan dengan bekalan tinggi n - 3 asid lemak yang datang dari ikan dan makanan laut, dan penggunaan tinggi produk bijirin penuh, serta buah-buahan dan sayur-sayuran. Durian kaya dengan n - 3 asid lemak, berbanding dengan beberapa buah-buahan yang lain. Walaupun terdapati penulisan dengan tumpuan utama pada polifenolik dan kandungan karotenoid buah durian, terdapat teramat kurang kajian mengenai pelbagai jenis (inter-varietals variations) ekstrak fitokimia buah durian asli Malaysia.
Penyelidikan telah dijalankan untuk mengukur jumlah ekstrak fenolik, flavonoid dan carotenoides, selain kandungan vitamin C, dilaporkan sebagai antioksida, keatas 4 jenis durian tempatan. Buah diekstrak menggunakan diklorometana: pentane (1:1 v / v) dan tertakluk kepada kajian kualiti pelbagai parameter. Jumlah kandungan fenolik daripada ekstrak buah durian, ditentukan mengikut assay Folin-ciocalteu terdapati dalam julat 690,62-998,29 mg / L, menunjukkan dengan ketara perbezaan antara pelbagai jenis (inter-varietals variations). Jumlah flavonoid dan kandungan vitamin C daripada ekstrak buah-buahan ditemui dalam julat 211,36-220,34 dan 18,87-25,1 mg / L, masing-masing. Manakala, jumlah carotenoides kandungan ekstrak buah yang ditemui dalam kepekatan yang rendah iaitu 0.05-0.08 mg / L. Statistik analisis menunjukkan dengan ketara (p <0.05) perbezaan jumlah fenolik, carotenoides dan kandungan vitamin C manakala tidak ketara (p> variasi 0.05) perbezaan pada jumlah kandungan flavonoid di kalangan pelbagai jenis durian. Caffeic asid dan quercetin adalah bahan antioksida yang dominan yang terdapat dalam durian. Kesimpulannya, bioaktiviti durian masak adalah lebih tinggi dan jumlah polifenol adalah penyumbang utama kepada kapasiti antioksida keseluruhannya.
Menurut jurnal sains, bauan kuat yang dilepaskan dari bahan-bahan dalaman durian dibahagikan kepada sebatian sulfur seperti sulfida linear dan kitaran (linear and cyclic sulphides), mercaptans dan thio-esters, dan odorants buah termasuk sebilangan besar ester alifatik (aliphatic esters) dan alpha-hydroxyketones (acetoins). "Dalam satu kajian oleh Näf dan Velluz berkenaan perisa durian, didapati bahawa rasa durian dipengaruhi oleh ethyl Deca-2,4-dienoates, -3,6-dienoates dan -2,4,7-trienoates. Telah dikenal pasti juga adalah salah satu bauan yang terkuat dari sebatian sulfur dalam durian ialah 3, 5-dimethyl-1, 2, 4-trithiolane. Mereka turut mendapati bahawa ethyl 2-methylbutanoate mempunyai kesan bau yang tertinggi di kalangan odorants bukan Etimologi sulphurous". Begitu juga dengan sampah atau stoking berbau ethyl 2–methylbutanoate?
Ø Hasil bauan durian dipercayai disebabkan dari bahan tindak-balas kimiawi (indole) bacteria (bacteriostatic).
Ø Kajian mengenal pasti tiga sulfury bauan (odorants) durian terkuat dan satu bukan bauan (odorant) sulfurous dengan kesan bauan tertinggi.
Ø Kajian mengenai bauan (odorants)keatas buah dikenal pasti sebagai ethyl 2-methylbutanoate mempunyai kesan bau terkuat di kalangan odorants bukan sulfurous dalam durian.
Ø Buah menghasilkan sejumlah besar phenolic, flavonoid, dan karotenoid.
Fakta Nutrisi
Analisis Nutrisi
Nilai Nutrisi Durian (Duriozibethinus) per 100 g Hidangan.
(Sumber: USDA National Nutrient data base) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Principle
|
Nilai Nutrisi
|
Peratusan RDA
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tenaga
|
147 Kcal
|
7%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Karbohidrat
|
27.09 g
|
21%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Protein
|
1.47 g
|
2.5%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jumlah Lemak
|
5.33 g
|
20%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kolesterol
|
0 mg
|
0%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Serat pemakanan
|
3.8 g
|
10%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Vitamins
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Folates
|
36 mcg
|
9%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Niacin
|
1.074 mg
|
7%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pantothenic acid
|
0.230 mg
|
4.5%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pyridoxine
|
0.316 mg
|
24%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Riboflavin
|
0.200 mg
|
15%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Thiamin
|
0.374 mg
|
31%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Vitamin A
|
44 IU
|
1.5
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Vitamin C
|
19.7 mg
|
33%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Electrolytes
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sodium
|
2 mg
|
0%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Potassium
|
436 mg
|
9.5%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Minerals
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Calcium
|
6 mg
|
0.6%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Copper
|
0.207 mg
|
23%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iron
|
0.43 mg
|
5%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Magnesium
|
30 mg
|
7.5%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Manganese
|
0.325 mg
|
14%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Phosphorus
|
39 mg
|
6%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Zinc
|
0.28 mg
|
2.5%
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Phyto-nutrients
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Carotene-α
|
6 mcg
|
--
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Carotene-ß
|
23 mcg
|
--
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lutein-zeaxanthin
|
Durian, mentah atau beku: nilai pemakanan dan analisis.
Nilai harian untuk amino acids berdasarkan pada 155 lbs. berat badan. Pasangan saling bertukar amino acids: Cysteine + Methionine, Phenylalanine + Tyrosine. Nilai harian lain berdasarkan kepada 2000 kalori pemakanan. Nilai pemakanan produk masakan disediakan berdasar berat badan yang diberikan. Data dari USDA Pangkalan Data Nutrien National untuk Rujukan Standard, Keluaran 24.
Durian, Mentah atau Beku
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERUBATAN DAN NUTRISI
Buah Durian mengandungi jumlah gula yang tinggi, vitamin C, kalium (potassium), dan serotonergic asid amino tryptophan, dan sumber terbaik untuk karbohidrat, proteins, dan lemak. Pakar penyokong makanan mentah mensyorkan durian sebagai sumber terbaik lemak mentah, manakala yang lain mengklasifikasikan ia sebagai pemakanan tinggi-glycemic, mencadangkan pengurangan dalam pengambilannya.
Di Malaysia, rebusan daun dan akar digunakan sebagai rawatan untuk antipyretic. Jus daun digunakan untuk sapuan di kepala pesakit demam. Gambaran lengkap penggunaan durian sebagai ubatan demam terdapat dalam koleksi Bahasa Melayu, yang dikumpul oleh Burkill dan Haniff pada tahun 1930. Ia menyarankan pembacanya agar merebus akar Hibiscus rosa-sinensis dengan akar Duriozibethinus, Nepheliumlongan, Nepheliummutabile dan Artocarpusintegrifolia, dan meminum rebusan itu atau digunakan sebagai tuam.
Dalam tahun 1920, Durian Fruit Products, Inc, New York melancarkan sebuah produk yang dipanggil "Dur-India" sebagai pemakanan tambahan kesihatan, dengan menjualnya pada harga AS$ 9 untuk sedozen botol, masing-masing mengandungi 63 biji tablet. Kandungan Tablet ini adalah durian dan sejenis spesies genus Allium dari India dan vitamin E. Pihak syarikat menggalak pengambilan tambahan (supplement ) dengan mengatakan ia memberi "tenaga lebih padu kesihatan dalam bentuk pemakanan dibanding mana-mana produk lain yang mampu dihasilkan dalam dunia".
KEGUNAAN
Masakan (Culinary)
Buah Durian digunakan sebagai perisa dalam pelbagai masakan dan makanan manisan seperti gula-gula tradisional Melayu, ais kacang, dodol, lempuk, biskut, dan, dalam sentuhan inovasi moden, ais krim, susu kocak (ice cream, milkshakes), kuih bulan (mooncakes), Yule logs cappuccino dan ais blender. Ais durian (ais krim durian) sebagai pencuci mulut yang terkenal dikalangan kanak-kanakp. Pulut Durian atau Ketan durian, pulut dikukus dengan santan dan dihidangkan dengan durian masak. Di Sabah, durian merah digoreng bersama bawang dan cili dan dihidangkan sebagai hidangan tambahan. Di Indonesia secara tradisional Isi durian merah dimasak sup sayur yang dibuat daripada ikan air tawar. Masakan tradisional Sumatra, Ikan brengkes ikan yang dimasak bersama sos durian. Isi durian turut dijadikan kerepek durian.
Tempoyak adalah isi buah durian yang telah di tapaikan, biasanya diperbuat daripada isi durian yang berkualiti rendah yang tidak sesuai untuk dimakan secara langsung. Tempoyak boleh dimakan sama ada secara dimasak atau dimakan mentah, kebiasanya dimakan bersama nasi, dan juga boleh digunakan untuk membuat kari. Tempoyak juga dijadikan dalam bentuk sambal.
Isi durian juga digaul dan dimakan dengan pulut. Di Malaysia isi durian dijadikan dalam kedua-dua manisan dan masin. Apabila durian dilumat dengan garam, bawang dan cuka, ia dipanggil boder. Biji durian, sebesar saiz buah berangan, boleh di rebus, panggang atau goreng dalam minyak kelapa, dengan rasa dan rupa teksturnya seperti keladi,hanya lebih meleket. Di Jawa, biji durian dihiris nipis dan dimasak dengan gula sebagai manisan (confection). Biji durian mentah adalah toksik kerana kandungan cyclopropene fatty acids nya dan tidak boleh dimakan mentah. Daun muda, kelopak bunga dan pucuk durian dimasak sebagai sayur. Abu dari kulit dibakar ditambah didalam kek khas. Di kepulauan Maluku sekam buah durian digunakan sebagai bahan bakaran untuk mensalai ikan.
PERHATIAN!
Sebagai makanan kaya kalium (potassium-rich food) ia boleh dijadikan buah pembekal kalium yang baik bagi menampung keperluan kalium keatas pesakit rawatan diuretik. Walau bagaimanapun, kandungan kalium perlu diberi perhatian keatas pesakit, Kegagalan buah pinggang atau kerosakan buah pinggang pelbagai peringkat atau kepada pesakit yang mengambil kalium tambahan jenis lain atau kalium kawalan diuretik (potassium-sparing diuretics).
Sebagai makanan kaya kalium (potassium-rich food) ia boleh dijadikan buah pembekal kalium yang baik bagi menampung keperluan kalium keatas pesakit rawatan diuretik. Walau bagaimanapun, kandungan kalium perlu diberi perhatian keatas pesakit, Kegagalan buah pinggang atau kerosakan buah pinggang pelbagai peringkat atau kepada pesakit yang mengambil kalium tambahan jenis lain atau kalium kawalan diuretik (potassium-sparing diuretics).
1 comments:
salah satu buah favorit
seo agency indonesia
Post a Comment