NamaTempatan:
|
Tongkat Ali Hitam
|
NamaSaintifik:
|
Polyalthiabullata
|
Nama
Lain:
|
Serat (murut), Lang kong - หลังโก่ง(Thailand), Cay Ba Binh (Vietnam), Tongkat Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin,
Serat.
|
Famili:
|
Annonaceae
|
Lokasidijumpai:
|
Hutan hujan tropika
|
Asal:
|
|
keterangan:
Jika disebut tongkat ali atau
eurycoma longifolia jack, secara spontan terbayang tongkat ali yang biasa
digunakan dalam pelbagai produk kesihatan dan ubatan terkini. Tongkat Ali berasal dari hutan hujan Malaysia, Myanmar, Thailand dan Indonesia.
Terdapat 3 jenis tumbuhan Tongkat Ali, iaitu Tongkat Ali Kuning, Tongkat Ali Hitam dan Tongkat Ali Merah. Pokok-pokok
ini dapat dibezakan dari warna akarnya, selain dari rupa bentuk pokok itu
sendiri.
Tongkat ali hitam dikelompokkan
kedalam keluarga yang sama dengan bunga kenanga. Struktur daunnya hampir
menyamai daun bunga kenanga hutan dengan permukaan daun yang agak kesat. Pokok
bersaiz kecil ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda di
litupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya
ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau
'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya
berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya meruncing.
Tangkainya berukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan)
dengan 6 kelopak yang panjang.
Nama saintifiknya Polyalthia bullata
King. Seperti tongkat Ali (Eurycoma longifolia) batang tongkat Ali
hitam ini melurus dan jarang yang
bercabang.
Bezanya dengan tongkat ali
putih/kuning dan merah, batang pokok tongkat ali ini berwarna hitam dan
membongkok pada bahagian berdaun muda bagi mendedahkan dirinya kepada cahaya.
Dengan penampilannya yang unik, pokok ini mudah dikenali jika berada di
kalangan berbagai spesies tumbuhan hutan. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai tujuan
perubatan tetapi keutamaan faedahnya
lebih tertumpu pada akarnya. Tongkat Ali
hitam (Polyalthia Bullata) dan Tongkat
Ali merah (Stema tuberosa)
termasuk sebagai jenis
yang paling mahal kerana kesusahan
mendapatnya dan mempunyai nilai-nilai perubatan yang lebih baik.
Menurut Burkill
(1966), tidak ada maklumat yang tepat
menunjukkan tongkat ali hitam sebagai ubat tetapi hanya dengan nama tongkat ali, ia menunjukkan bahawa tumbuhan ini
mempunyai sifat dan ciri afrodisiak.
KEGUNAAN:
Rajah 1 data
SELDI-MS diperolehi dengan H4 Protein Chip arry dimuatkan dengan 50% ekstrak
etanol dari enam spesies tumbuh-tumbuhan. anak panah menunjukkan puncak 4.3 kDa bioaktif peptida
Tumbuhan
ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan
diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk
menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama
satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing
manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu
dimakan (dijadikan makjun). Selain
tonik untuk lelaki, air rebusan daun ini digunakan sebagai ubat rheumatik.,
"Orang Asli kaumTemuan” di Negeri Sembilan menggunakannya untuk mengubati
lemah tenaga batin. Akar P. bullata
dihiris bersama dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclealaxiflora)
serta akar secanang (Lasianthu scyanocarpus) sepanjang 3 sm dan direbus
sebanyak satu genggam (3 sm diameter) kedalam 3 cawan air dan dibiarkan
sehingga tinggal secawan. Air rebusan ini kemudiannya diminum." (Kamarudin
Mat-Salleh, A. Latiff – Tumbuhan Ubatan Malaysia - UKM 2002).
FITOKIMIA
(PHYTOCHEMISTRY)
Terdapat dua yang baru 7,7′-bisdehydroaporphine
alkaloids, 7,7′-bisdehydro-O-methylisopiline and
7-dehydronornuciferine-7′-dehydro-O-methylisopiline, dan yang telah dikenali, bisdehydroaporphine alkaloid, urabaine, telah
diasingkan daripada kulit pokok Polyalthia
bullata.
KANDUNGAN BAHAN AKTIF
• Bisdehydroaporphine
alkaloids
•
Bisdehydro-O-methylisopiline
•
Dehydronornuciferine-7-dehydro-O-methylisopiline
• Bisdehydroaporphine
alkaloid
FAEDAH
TONGKAT ALI HITAM DALAM KESIHATAN;
Polyalthia Bullata King atau
dikenali sebagai Tongkat Ali Hitam merupakan tumbuhan menyerupai (aceous) herba yang mempunyai
nilai pemakanan yang boleh
membantu meningkatkan stamina dan
keupayaan lelaki. Penemuan saintifik membuktikan bahawa beberapa sebatian semulajadi yang terkandung dalam Tongkat Ali hitam meningkatkan
kejantanan dan kehebatan seksual
lelaki semasa aktiviti keintiman. Kajian
farmakologi ke atas sebatian Saponosides dan Glycosides
dalam Tongkat Ali
Hitam membantu: -
Ø Melancarkan
peredaran darah melalui pembersihan dan
penyucian sistem
Ø Meningkat jisim otot,
tenaga dan stamina
Ø Menggalakkan pemprosesan (synthesis)
sperma
Ø
Membantu mereka yang
mempunyai masalah mati pucuk (seksual dysfunction)
Ø
Mengawal kolesterol
dalam darah bagi membantu mencegah
masalah jantung dan tekanan darah tinggi
Ø Meningkatkan tahap
testosteron, menguatkan ereksi dan
meningkatkan jumlah sperma bagi
lelaki
Ø
Sebagai perangsang bagi kedua-dua lelaki dan
wanita
Ø
Menunjuk ciri-ciri anti-ketumbuhan
(tumour) dalam uji-kaji in-vitro
Ø
Melancar peredaran darah, membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat tekanan darah tinggi, batuk kering, demam, demam kuning, cirit-birit dan disenteri.
Ø
Meningkatkan mental,
kepekaan fizikal dan persembahan
Ø
Mengurangkan kelesuan
mental dan keletihan
Ø
Membantu pemulihan dan penyembuhan
dari penyakit dan tugasan
Ø
Membantu dalam mati pucuk, pancutan
pra-matang, kencing tidak terkawal, kesukaran hamil,
lemah pinggang dan kaki, lumpuh, dan
lain-lain
CIRI-CIRI PRODUK
Bahagian tumbuhan yang digunakan: Akar
Keadaan rupa: Akar kering
Warna: Hitam (di luar), putih
krim (di dalam)
Bau: Tersendiri Ciri-ciri
Rasa: pahit / payau
CARA PENGGUNAAN:
Cara penggunaan orang-orang
zaman dahulu, mereka lebih gemar mengguna keseluruhan akar untuk dijadikan sebagai bahan minuman.
Pada zaman ini, herba Tongkat Ali Hitam boleh
didapati dalam bentuk makanan tambahan, dalam bentuk
kapsul dan dalam bahan-bahan campuran herba lain.
Langkah pemprosesan
- Tongkat Ali Hitam Akar dikutip dari hutan hujan.
- Kesemua akar terkumpul dibasuh dan dikeringkan sepenuhnya
- Akar diulang basuh dan dikeringkan semula untuk mendapat kelembapan 5% atau kurang.
- Akar-akar kering diracik menggunakan peralatan khusus dan dibungkus dalam bentuk akar hirisan, uncang teh, dan ekstrak serbuk.
KAEDAH MEMASAK & SUKATAN
A.
Perisa Asli:
Rasanya sedikit
masin (acetate) atau masam
B.
Campuran Herba dan Bahan
lain:
Tongkat Ali Hitam boleh dicampur dengan herba lain seperti Ginseng dan Habbatus Sauda dan dijadikan
ia sebagai bahan kopi. Di samping itu, Tongkat Ali Hitam juga boleh
direbus bersama tumbuhan lain seperti Ubi Jaga (Smilax
Myosotiflora) yang mana dipercayai boleh mendatangkan kesan sama seperti Tongkat
Ali putih (Eurycoma Longifolia) dalam
memberi penekanan kepada ciri-ciri
afrodisiak.
C. Cara
Penyediaan:
1)
Cuci hirisan akar.
2)
Rendamkan 2g hirisan akar ke dalam 1 liter air selama 30 minit.
3)
Rebus selama 30
minit hingga 1 jam.
4)
Keluarkan hirisan akar,
tapis dan minum.
Air tapisan (Tea)
boleh dicampur dengan madu atau gula batu untuk mengimbangi rasa pahit Tongkat Ali
Hitam. Bahan hirisan akar tongkat ali penggunaan pertama,
boleh di guna semula untuk bancuhan kali
kedua atau lebih sehingga rasa pahit sudah tiada.
Untuk mendapat hasil terbaik, ambil 2
kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul
pada waktu malam, sekurang-kurangnya untuk seminggu pertama - kedua. Pada minggu-minggu
berikutnya adalah untuk mengekalkan
stamina, hanya ambil 2 kapsul pada waktu malam sahaja selepas makan.
Mereka yang menghadapi masalah lemah tenaga atau masalah kelelakian: di cadang pengambilan
2 kapsul 3 kali sehari selepas makan untuk 1
- 3 bulan pertama. Minggu berikutnya diambil seperti biasa 2 kapsul sekali sehari selepas
makan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
§
Individu yang menghadapi masalah kesihatan dan di bawah pengambilan ubatan dinasihatkan berunding dengan doktor sebelum mengambil Tongkat Ali.
§
Wanita hamil, sedang menyusu dan individu di bawah umur 16 tahun tidak digalakkan mengambil
(supplement) tongkat ali.
§
Dilarang pengambilan dalam sukatan yang besar dalam tempoh yang singkat. Kebiasaan dos maksimum 50g dari hirisan kepingan akar untuk sehari. Pengguna
harus mengekalkan pengambilan
harian yang mencukupi dan seimbang,
dan mengurangkan dos jika berlaku
kesan sampingan.
KESAN SAMPINGAN
Herba ini boleh mendatangkan kesan sampingan keatas jantung bagi pesakit penyakit jantung. Makanan tambahan tongkat ali
hitam tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau analog sildenafil (jenama viagra),
tadalafil amino (jenama Cialis) dan bahan kimia merbahaya lain. Khabar
yang didengari dari kalangan pengguna yang mengatakan berlaku kes
kematian mengejut, kegagalan buah pinggang, kanser dan lain-lain. Ini terjadi kerana terdapat terlalu
banyak produk yang dikenali sebagai 'ubat
kuat' yang dijual di pasaran.
Pengguna harus tahu
bahawa peningkatan dalam tenaga
seksual seharusnya berlaku secara
semula jadi dan bukan dalam masa
yang singkat. Elakkan pengambilan
makanan tambahan yang berlabel sebagai
ubat 'kuat' lelaki, kebarangkalian untuk produk-produk seperti ini mengandungi bahan
kimia yang merbahaya adalah tinggi. Banyak produk di pasaran telah
ditarik balik kerana kandungan
kimianya.
Tongkat ali hitam tidak mendatangkan
kesan serta-merta jika rumusannya adalah
100% ekstrak daripada 2 jenis
Tongkat Ali tanpa
sebarang bahan kimia tambahan seperti perangsang seksual. Kesan
biasanya hanya dirasai selepas pengambilan seminggu
pertama.
Bagi pesakit tekanan darah
tinggi dan kencing manis, pastikan
berjumpa dengan doktor di klinik atau
farmasi. Seminggu selepas atau lebih pengambilan tongkat
ali, periksa semula dengan doktor untuk mendapatkan kesan
bagaimana herba semulajadi ini dapat
membantu.
Mudarat
dan kesan sampingan
Ketoksikan: ujud dalam beberapa
kuasinode akar Tongkat Ali.
Pencemaran – plumbum/timah
hitam (lead): daripada 100 produk yang dikaji, 17% mengandungi lead sebanyak
10.3 – 20.3 ppm dan tidak menepati keperluan kualiti ubatan tradisional
Malaysia.
Pencemaran – raksa (mercury):
daripada 100 produk yang dijual di farmasi, 36% mengandungi 0.52 – 5.30 ppm
merkuri manakala penyediaan produk Tongkat Ali hitam pada dos-dos yang berbeza
mendapati 26% daripadanya mengandungi 0.53 – 2.35 ppm merkuri. Keduanya
melebihi kadar yang dibenarkan dalam ubatan herba dan tidak menepati kualiti
ubatan tradisional Malaysia.
Kesan sampingan: walaupun
kekurangan bukti saintifik, pengambilan jangka panjang telah dikaitkan dengan
ganguan tidur atau apnoea, mudah marah, tekanan kepada testis dan sikap yang
agresif.
PENCEMARAN RAKSA (MERCURY)
DALAM PERSEDIAAN HERBA TONGKAT ALI HITAM.
Ang
HH, Lee
KL. Sumber: Sekolah Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau
Pinang 11800, Malaysia. hhang@usm.my.
PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah), Malaysia telah melaksanakan tiga fasa pendaftaran ubat tradisional pada
1 Januari 1992. Sebanyak 100 produk dalam pelbagai bentuk dos persediaan herba farmaseutikal
yang terdapat di Malaysia, mengandungi tongkat Ali hitam, sama ada persediaan tunggal
atau gabungan, dianalisis untuk kehadiran logam toksik berat, merkuri, dengan
menggunakan spektrofotometer penyerapan atom, selepas melakukan persampelan rawak
mudah untuk membolehkan setiap sampel berpeluang yang sama untuk dipilih dengan
cara yang tidak berat sebelah. Hasil kajian menunjukkan bahawa 26% daripada produk-produk
ini memiliki 0,53-2,35 ppm merkuri, dengan itu, tidak mematuhi keperluan
kualiti ubatan tradisional di Malaysia. keperluan ubatan tradisional di Malaysia
ditentukan tidak melebihi 0.5 ppm bagi merkuri. Daripada sejumlah 26 produk, empat
produk telah didaftar dengan DCA, Malaysia manakala yang lain, bagaimanapun, tidak
berdaftar dengan DCA, Malaysia.
21 comments:
thankyou so much for above tongkat ali sharing.
However, nowadays,a lot of malaysia manufacturer claim that could able to product high quality of tongkat ali, but we do not know where they source those raw material from.
as we know, malaysia and indonesia rainforest has a lot of natural tongkat ali.
If anyone of them are sourcing from malaysia tropical forest, it can be the best raw material.
KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT
3 BAHAN AKTIF PENTING
FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.
SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.
BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids
Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)
Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..kesan lebih hebat berbanding tongkat ali...cuci buah pingang..kurangkn kolestrol..kurangkan darah tingi..buah ni.selamat di makan...amalan orang terdahulu untuk kesihatan..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan
Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
Apa beda tongkat ali hitam size kecil dan besar
Apa beda tongkat ali hitam size kecil dan besar
Tongkat ali yang besar sudah berusia lama, jadi zatnya pun lebih baik dan berkualiti. Saya di Sabah boleh bekal tongkat ali putih dalam bentuk akar., email ray4one@yahoo.com
Saya ada menjual tongkat ali merah asli...harga rm40 kualiti tinggi.tuan2 kena rebus sendiri.mudah saja tapi mmg berkesan wsap kn sy 0174687570 zuhairi
Saya ada menjual tongkat ali merah asli...harga rm40 kualiti tinggi.tuan2 kena rebus sendiri.mudah saja tapi mmg berkesan wsap kn sy 0174687570 zuhairi
Saya ada menjual Kapsul Tongkat Ali (RM50), Kapsul Tunjuk Langit (RM40), Kapsul Aprikot (RM50) dll keluaran NDLife . Wassap 019-238 1199 utk info lanjut dan pembelian. TQVM
Saya ada menjual Kapsul Tongkat Ali (RM50), Kapsul Tunjuk Langit (RM40), Kapsul Aprikot (RM50) dll keluaran NDLife . Wassap 019-238 1199 utk info lanjut dan pembelian. TQVM
Saya ada menjual Kapsul Tongkat Ali (RM50), Kapsul Tunjuk Langit (RM40), Kapsul Aprikot (RM50) dll keluaran NDLife . Wassap 019-238 1199 utk info lanjut dan pembelian. TQVM
Saya ada menjual Kapsul Tongkat Ali (RM50), Kapsul Tunjuk Langit (RM40), Kapsul Aprikot (RM50) dll keluaran NDLife . Wassap 019-238 1199 utk info lanjut dan pembelian. TQVM
saya ada jual induk bubuk jawa (semut jepang) yang serupa khasiat tongkat ali(sila search semut jepang)
1. 20 ekor + sebulan makanan(sm) rm50.00
2. 50 ekor + sm rm80.00
3. 100 ekor +sm rm100.00
sila wasap 0196677176
Kami adalah pengumpul, mencari dan memproses ketiga² jenis tongkat ali terus dari hutan.
Whats app 0132763232 utk bukti rakaman.
Kami ada menjual tongkat Ali emas telpon 0129183947
Need large volume supplier of Tongkat ali roots for processing of birdnest drink. Please contact me: Dr Aziz Jam at 0163317019 (PT Swift Marketing Snd Bhd, Bandar Puteri, Puchong, Sel. Msia
makasih kak sangat menambah wawasan
Elever Media Indonesia
Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Post a Comment